Ticker

6/recent/ticker-posts

Masyarakat perlu pertahan institusi pendidikan PASTI



SALMAH MAT HUSAIN

KOTA BHARU: Masyarakat perlu mempertahankan institusi pendidikan PASTI memandangkan prapersekolahan itu mendidik anak-anak dengan asas agama. 

ADUN Salor Saizol Ismail berkata, Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) ternyata berjaya membentuk generasi cemerlang sehingga menjadi pilihan utama masyarakat.

Menurutnya, PASTI sudah lama dikenali dan dipercayai ibu bapa termasuk masyarakat bukan Islam bagi menghantar anak-anak mereka ke prasekolahan tersebut.

“Pelajar PASTI yang memasuki sekolah kebangsaan sering diakui lebih ke hadapan oleh guru-guru.

"Ini menyebabkan ramai ibu bapa, termasuk yang bekerja sebagai pegawai kerajaan memilih PASTI kerana menyedari keistimewaan tertentu," katanya demikian ketika ditemui selepas Ihtifal PASTI Nurhidayah di Kampung Kor, Salor, dekat sini kelmarin.

Tambahnya juga dengan yuran serendah RM50, PASTI mampu menawarkan pendidikan berkualiti tinggi kepada anak-anak. 

Kata beliau dalam situasi ekonomi kini, yuran sebanyak itu masih dianggap rendah.

Saizol turut menekankan, pendidikan agama dan akhlak sejak kecil sebagai pelaburan penting untuk masa depan anak-anak. 


Beliau berharap kesinambungan pendidikan PASTI dapat diteruskan di sekolah rendah Islam atau sekolah aliran agama di bawah Yayasan Islam Kelantan (YIK).

“Di DUN Salor terdapat 10 PASTI dengan lebih 450 pelajar. Jumlah itu semakin meningkat saban tahun, ini menunjukkan kepercayaan masyarakat terhadap sistem pendidikan PASTI,” jelasnya.

Post a Comment

0 Comments