Ticker

6/recent/ticker-posts

BUDOK KELATE FT JUARAI PERTANDINGAN FUTSAL ANAK KELANTAN DI PERANTAUAN ZON UTARA

Oleh: Norzana Razaly

PULAU PINANG, 25 Januari – Pasukan Budok Kelate FT dinobatkan sebagai juara dalam Pertandingan Futsal Anak Kelantan di Perantauan Zon Utara yang berlangsung di Sunway Sport Centre, Seberang Jaya, hari ini.

Kejayaan itu menyaksikan mereka membawa pulang wang tunai RM800 sebagai ganjaran utama. Sementara, naib juara, SML FC, turut meraih penghargaan dengan wang tunai RM600.

Manakala tempat ketiga dimenangi oleh PERAKAN Kangar yang memperoleh RM400 dan KEHL FC di tempat keempat berpuas hati menerima ganjaran wang tunai RM300.

.

Acara anjuran Urus Setia Penerangan dan Komunikasi Negeri Kelantan (UPKN) dengan kerjasama PERAKAN Malaysia dan PERAKAN Utara tersebut disempurnakan oleh Ahli Dewan Negeri (ADN) Pantai Irama, YB Mohd Huzaimy Che Husin.

Menurut Pengarah UPKN, Razuan Awang Hamad, pertandingan futsal kali ini menawarkan kelainan berbanding program-program lain yang biasa dianjurkan.

“Objektif utama adalah untuk mencipta kelainan dalam bentuk program yang dianjurkan, serta untuk menyantuni, menarik, dan mendekati golongan muda,” jelasnya.

Beliau berharap acara sebegitu akan terus menarik minat golongan muda untuk menyertai program-program anjuran kerajaan negeri.

“Kejohanan ini diharap dapat terus menggalakkan semangat kesukanan dan mengeratkan hubungan silaturahim sesama anak Kelantan di perantauan,” tambahnya.

Pertandingan itu menyaksikan penyertaan lebih 200 peserta daripada 19 pasukan, termasuk wakil dari Kerian, Perak dan Kangar, Perlis.





Post a Comment

0 Comments