Ticker

6/recent/ticker-posts

KGT TERIMA ANUGERAH BERGANDA, TIGA SUBSIDIARI LAGI BUKTIKAN KECEMERLANGAN PMBK

Oleh: Norzana Razaly

KOTA BHARU, 7 Januari – Kelantan Gold Trade Sdn. Bhd. (KGT) terus mengukuhkan reputasinya apabila menerima dua pengiktirafan berprestij dalam Majlis Jawatankuasa Audit Lembaga Penasihat (JALP) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

KGT dinobatkan sebagai penerima Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Aset Kumpulan PMBK Tahun 2023 dan Anugerah Kecemerlangan Audit Susulan Ke Atas Pengurusan Modal Insan Tahun 2022 sebagai pengiktirafan usaha berterusan syarikat itu dalam memastikan pengurusan yang teratur dan berintegriti tinggi.

Dalam majlis yang sama, tiga lagi anak syarikat PMBK turut menerima pengiktirafan.

PMBK Az-Zahab Sdn. Bhd. dan Kelantan Utilities Mubaarakan Holdings Sdn. Bhd. dianugerahkan sijil pengiktrafan dalam kategori pertama sebagai penghargaan terhadap standard kecemerlangan yang berjaya dicapai.

Sementara itu, PMBK Development Sdn. Bhd. Pula menerima sijil perakuan dalam kategori kedua atas komitmen mereka terhadap pengurusan terbaik.

Timbalan Menteri Besar YB Dato’ Dr. Mohamed Fadzli Hassan mengakui bahawa pencapaian tersebut merupakan hasil dedikasi tanpa henti seluruh warga kerja PMBK dan anak syarikat.

“Di sebalik kejayaan sesebuah organisasi, terdapat usaha gigih memastikan segala urusan berjalan dengan teratur dan penuh integriti. Tahniah kepada semua penerima anugerah atas kejayaan membanggakan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Tambahnya, pengiktirafan yang diterima oleh subsidiari PMBK membuktikan keupayaan organisasi tempatan mencapai tahap kecemerlangan tinggi.

Sekali gus mencerminkan kesungguhan organisasi ini dalam mengangkat nilai integriti dan profesionalisme dalam setiap aspek pengurusan.

“Kita doakan pengiktirafan ini memberi inspirasi untuk Kumpulan PMBK terus mengekalkan momentum kejayaan ke arah masa depan yang lebih gemilang,” ujarnya.

Sementara itu, Pengurus KGT Wan Muhammad Najahuddin Wan Fuad mengekspresi kesyukuran atas penghormatan yang diterima dalam majlis keraian di sebuah hotel di Tunjung, pada 30 Disember lalu.

“Kami amat menghargai dua pengiktirafan ini. Ia menjadi pemangkin kepada kami untuk terus berkomitmen tinggi terhadap kecemerlangan pada tahun ini,” ujarnya ketika dihubungi.




Post a Comment

0 Comments