Ticker

6/recent/ticker-posts

Seperti persenda pemimpin negara

  


ARUS LEBIR

PELANCARAN Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026) disempurnakan Perdana Menteri Isnin lepas. Pada pelancaran itu disiarkan video montaj yang dipertontonkan kepada orang ramai.

Maknanya program itu bertaraf rasmi. Dan ia dihadiri Anwar Ibrahim dan menteri kabinet. Turut dilancarkan logo, maskot, lagu tema dan reka bentuk paparan corak pada kapal terbang menggambarkan TMM2026.

Selepas perlancaran berlalu, tiba-tiba Menteri Pelancongan dilapor menyebut video itu bukan pula digunakan bagi tujuan promosi. Apa cerita ni. Video pelancaran terbabit berdurasi 41 saat.

Apa makna semuanya itu. Tidak kah ia secara tidak langsung seperti mempersendakan seorang Perdana Menteri.  

“Video promosi Tahun Melawat Malaysia 2026 akan dibuat semula dengan lebih terperinci bagi mempromosi setiap negeri dan dijangka dapat disiarkan dalam tempoh seminggu,” kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Tiong King Sing.

Menurutnya kementerian dan agensi berkaitan diminta menghasilkan video-video promosi dan membahagikan promosi negeri berkenaan mengikut zon.

“Saya tidak berpuas hati dengan hasil akhir video yang ditunjukkan,” katanya ketika menyampaikan ucapan di Sesi Libat Urus bersama Pemain Industri Pelancongan (Wilayah Tengah) 2025 hari ini.

Video yang dimuat naik Facebook Tourism Malaysia memaparkan beberapa destinasi tumpuan pelancong. Antaranya Jalan Petaling dan Pasar Seni di Kuala Lumpur, Gua Mulu (Sarawak), Skywalk Langkawi (Kedah), Batu Caves (Selangor) dan gereja lama di Melaka.


Imej negara

Orang ramai yang meyaksikan video tersebut dapat melihat gambar gereja Kristian, kuil Hindu di Batu Caves dan Buddha. 

Menjadi kelaziman bagi setiap penganjuran program besar, sebelum sesuatu video montaj ditonjol ia ditapis berkali-kali. Produser, editor dan penerbit terpaksa berhempas pulas.

Lebih-lebih lagi video tersebut dilancar pemimpin negara. Ini kelaziman yang berlaku sejak dahulu sehingga sekarang.

Pelancaran TMM2026 diadakan di Kompleks Kejuruteraan Malaysia Airlines Bhd (MAB) Isnin lepas. 

Selepas TMM2026 dilancar ramai mempersoalkan kewajaran video tersebut. Ia sekadar mengetengahkan budaya dan agama kaum minoriti di Malaya. 



Kata Ahli Parlimen Putrajaya Dr Radzi Jidin, Menteri Pelancongan telah memberi jawapan kepada persoalan ramai tentang ketiadaan visual masjid di dalam montaj pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2026 sedangkan visual rumah ibadat lain ada dimasukkan.

Antara lain kata Dr Radzi, menteri menyebut video masjid tidak dimasukkan kerana video itu hanya sebuah video pelancaran ringkas dan pendek. “Oooo ye ke? tanya pemimpin pembangkang terbabit. 

Lalu seorang netizen menggunakan nama Ar Rina mencatat, “Inilah akibat bila negara dipimpin oleh kebanyakan menteri yang bukan Islam. Lagi sedih bila menteri-menteri beragama Islam hanya berdiam diri.” 

Jarang berlaku sejak kerajaan era lama rakyat mempertikaikan usaha kerajaan mempromosi pelancongan negara. Namun, Menteri Pelancongan era Madani boleh dilakukan. Ia dianggap luar daripada tabie.


Tiada tokoh

Tidak pernah berlaku begitu sebelum ini. Seorang ahli parlimen yang sering menyebut perkataan ‘kong ka li kong’ di parlimen diangkat sebagai menteri. Tidak ada orang lain kah?

Bukan sekali pemimpin terbabit membuat onar. Tentunya masih ramai ingat isu sup bak kut teh mahu diangkat sebagai makanan kebangsaan.

Sup tradisi itu diakui ramai dibuat daripada tulang rusuk babi yang dimasak dalam herba tradisi. Ia popular dalam kalangan masyarakat Cina.

Bak kut teh juga tiada dalam 10 makanan tradisional paling popular di Malaysia. Tiba-tiba di era Madani sup itu mahu disamakan dengan makanan warisan lain termasuk nasi lemak, roti canai dan teh tarik. Bijak kan. 

Malah isu bak kut teh menjadi tumpuan di Dewan Rakyat pada Jun 2023. Ahli Parlimen Langkawi Suhaimi Abdullah mempersoalkan kewajaran sup itu diangkat sebagai makanan kebangsaan.

Isu membabitkan menteri dari Sarawak itu tidak terhenti di situ. Sebelum itu isu pemecatan Ketua Pengarah Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (LPPM), Dr Ammar Abd Ghapar riuh rendah.

Pemecatannya atas alasan prestasi kerja tidak memuaskan. Dan apabila surat penamatan geger, menteri sebaliknya berdalih surat itu bukan menamatkan perkhidmatan, sebaliknya hanya menurunkan pangkat.

Malah, menteri sama juga mempertikaikan tindakan anggota penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberi tempoh 14 hari kepada pemilik premis menurunkan papan iklan tulisan Cina di Jalan Imbi.



Menurut DBKL premis terbabit melanggar Undang-undang Kecil Iklan (WP) 1982 dengan meminggirkan bahasa kebangsaan di papan iklan.

Sebaliknya apa kata menteri. “Peraturan papan tanda dwibahasa oleh DBKL mengakibatkan tindak balas emosi dan melampaui batas sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati, selain wujud persepsi negatif dalam kalangan pelancong,” katanya seperti dilapor media. 

Apa yang berlaku tersebut bukan sekadar mencerminkan wibawa seorang menteri, sebaliknya mempamerkan imej kerajaan Madani. Ini lah yang sedang berlaku sekarang. Imej Madani tidak mampu dipertahan lagi.



Post a Comment

0 Comments