Ticker

6/recent/ticker-posts

TAHUN BAHARU PELUANG PERBAHARUI AZAM DAN PERKUKUH PENCAPAIAN – MB KELANTAN

Oleh: Norzana Razaly 

KOTA DARULNAIM, 1 Januari – Tahun baharu disifatkan sebagai detik terbaik untuk memperbaharui azam, memperbaiki kelemahan, dan memperkukuhkan pencapaian yang telah diraih.

Demikian menurut Menteri Besar Kelantan YAB Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Mohd Nassuruddin Daud.

Beliau menyeru rakyat Kelantan untuk memulakan tahun 2025 dengan penuh kesyukuran atas segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT.

“Menginjak ke tahun baharu ini, marilah kita memulakan langkah dengan penuh kesyukuran kepada Allah SWT atas segala nikmat yang diberikan.

"Ini adalah waktu untuk kita menggandakan usaha, memperkukuhkan azam, dan memastikan kesejahteraan rakyat terus menjadi keutamaan,” katanya dalam kenyataan rasmi sempena sambutan tahun baharu, hari ini.

Katanya lagi, 2025 juga menjadi cabaran bagi kerajaan negeri untuk terus memaksimakan kebajikan, kemakmuran, dan keberkatan kepada rakyat Kelantan.

“Saya mendoakan agar tahun baharu ini akan diberi kekuatan kepada saya dan seluruh kepimpinan kerajaan negeri untuk melaksanakan tanggungjawab dengan sebaik mungkin demi kemaslahatan rakyat negeri ini,” ujarnya.

Beliau turut menyeru agar seluruh rakyat Kelantan terus bersatu dan bekerjasama dalam memacu pembangunan negeri ke arah yang lebih cemerlang, selaras dengan agenda Kelantan Sejahtera 2033.

Post a Comment

0 Comments