SALMAH MAT HUSAIN
KOTA BHARU: Sebuah trak daripada iReach Malaysia yang membawa bekalan makanan dihantar ke Gaza bagi membantu penduduk sempena tahun baharu 2025.
Trak tersebut merupakan sebahagian daripada gabungan 30 trak bantuan yang dihantar untuk membantu penduduk yang memerlukan bantuan di Gaza.
Pengarah iReach Malaysia Johan Ariff Ismail berkata, penghantaran bantuan itu diusahakan biar pun berdepan dengan pelbagai halangan.
Kata beliau pihaknya memastikan bekalan makanan dan peralatan lain sampai kepada penerima dengan selamat.
"Semoga Allah melindungi trak-trak tersebut semasa melalui sempadan bagi memberi manfaat kepada penduduk di Gaza," katanya di sini.
Menurutnya juga trak bantuan tersebut turut diiringi tentera Jordan sebagai langkah keselamatan tambahan.
Katanya juga atas faktor keselamatan bendera atau pelekat dari mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tidak dibenarkan dipaparkan sepanjang misi tersebut.
0 Comments