Ticker

6/recent/ticker-posts

Batal lesen peniaga jual tapak bazar Ramadan

 


SALMAH MAT HUSAIN

KOTA BHARU: Kerajaan negeri memandang serius kegiatan menyewakan atau menjual tapak bazar Ramadan kepada pihak ketiga yang sering berlaku setiap kali Ramadan.


Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Hilmi Abdullah, berkata, kerajaan memberi amaran kepada peniaga terbabit termasuk membatalkan lesen mereka.


Katanya penipuan seperti itu dikesan sudah lama berlaku setiap kali bulan Ramadan.


"Namun bukan mudah bagi pegawai pihak berkuasa tempatan (PBT) menangkap pelaku kerana apabila penguat kuasa pergi ke tapak bazar, individu di sana mendakwa mereka hanya bekerja untuk pemegang lesen," katanya ketika melawat tapak Bazar Ramadan, di sini kelmarin.


Oleh itu kata beliau sekiranya PBT mempunyai bukti tapak berkenaan dijual kepada pihak ketiga, tindakan tegas akan diambil, termasuk pembatalan lesen.


"Kerajaan negeri memandang serius perkara ini. Setakat ini, kami belum menerima sebarang laporan mengenai penipuan ala Ali Baba tersebut," katanya.


Hilmi juga berkata, sebanyak 478 tapak bazar Ramadan di bawah bawah seliaan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam yang terletak di sembilan lokasi.

Post a Comment

0 Comments