SALMAH MAT HUSAIN
KOTA BHARU: Sektor pelancongan dan perhotelan memperkukuhkan lagi kerjasama dengan Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI).
Naib Pengerusi Persatuan Hotel Malaysia Cawangan Kelantan, (MAH) Muhammad Azrin Zainal Abidin berkata, usaha MPKB-BRI meraikan pemain industri pelancongan dapat meningkatkan motivasi kerja ke arah lebih baik.
"Saya melahirkan rasa syukur atas penghargaan yang diberikan kepada penggiat perhotelan di Kelantan," karanya selepas Majlis Makan Malam Meraikan Pemain Industri Pelancongan baru-baru ini.
Sempena majlis itu, Azrin yang juga Pengurus Jewels Hotel Kota Bharu mendapat Anugerah Khas Perhotelan - Ikon Perhotelan.
Hadiah disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Hilmi Abdullah.
Azrin juga berkata, anugerah khas yang diterima itu amat bermakna kerana ia merupakan penghargaan kepada semua warga perhotelan dan pelancongan di Kelantan.
Menurutnya, anugerah itu pertama kali diterimanya sejak berkecimpung dalam industri perhotelan hampir 30 tahun yang bermula sebagai bellman (pengangkat beg) dan doorman (pembuka pintu).
0 Comments