Ticker

6/recent/ticker-posts

Normalisasi lelaki berpakaian wanita membimbangkan



SALMAH MAT HUSAIN

KOTA BHARU: Normalisasi lelaki mengenakan pakaian wanita dalam industri hiburan semakin membimbangkan apabila masyarakat mula menganggapnya sebagai sesuatu yang biasa.


Lebih-lebih lagi industri hiburan turut mengiktirafnya. Fenomena itu mencetuskan kebimbangan dalam kalangan masyarakat termasuk agamawan.


Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Kelantan, Ustazah Asmak Husin berkata, situasi yang berlaku tersebut tidak lagi dianggap memalukan, sebaliknya diangkat sebagai fesyen dan trend yang semakin diterima.


"Dahulu, orang kita malu dan segan, tapi sekarang ia dilihat seperti fesyen dan trend. Ada juga yang saya tengok asalnya tidaklah nampak perempuan sangat pakaiannya, tetapi ada yang melebih-lebih dengan cara jalannya," katanya pada kenyataan semalam.



Oleh itu beliau menegaskan ibu bapa perlu memantau pengaruh yang diterima anak-anak, terutamanya menerusi media sosial, cara pergaulan, dan penampilan mereka yang semakin terbuka.


"Setiap ibu bapa wajib pantau apa yang anak lihat, cara pergaulan, cara berpakaian, termasuk bangga dengan penampilan fitrah perempuan atau lelaki," tambahnya.


Beliau juga berkata, isu hak asasi manusia yang sering menjadi alasan untuk menghalalkan tindakan yang bertentangan dengan fitrah manusia.


"Kalau nak bahagia secara fitrah, wajib ikut cara hidup Islam. Sesat dalam cahaya rasa seronok dan bahagia, tapi lama-kelamaan hati jadi kosong dan semakin kusut.


"Saya tengok ramai anak muda kita berpotensi, tetapi sebagai orang tua, kami patut tegur sebelum terlambat," ujarnya.

Post a Comment

0 Comments