Oleh: Asyura Muhamad
KOTA BHARU, 13 Mac - Pentingnya orang yang berakal, berpengaruh dan berkuasa dalam sesebuah negeri untuk berfungsi dengan sebaiknya dalam hal mencegah kemungkaran dan mengajak masyarakat ke arah kebaikan.
Demikian ucapan Timbalan Menteri Besar Kelantan YB Dato' Dr Mohamed Fadzli Hassan ketika merasmikan Program Nur Ramadan Wanita Peringkat Negeri Kelantan yang berlangsung di Masjid Jamek Muhammadi Kota Bharu, hari ini.
"Hendaklah ada dalam kalangan kamu orang yang bijak, berpengaruh dan mempunyai kuasa iaitu pemimpin untuk mencegah daripada berlakunya kemungkaran dan mengajak ke arah kebaikan," jelas Dato' Dr Fadzli ketika mengulas ayat 116 dari surah Hud dalam petikan teks tadarus yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan.
![]() |
Datin Panglima Perang, Ustazah Datin Wan Norhanita Wan Yaacob |
Tambahnya. jika tiada yang cerdik pandai untuk melakukan kerja tersebut maka rosaklah masyarakat kita.
Program anjuran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK) dengan kerjasama Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Negeri Kelantan ( U-KeKwa) itu turut disempurnakan dengan kupasan teks tadarus bagi surah Hud daripada ayat 116 hingga 120 oleh Datin Panglima Perang Ustazah Datin Wan Norhanita Wan Yaacob.
Program rutin tahunan yang dahulunya dikenali sebagai Program Tadarus Wanita itu telah dihadiri kira-kira 750 wanita daripada pelbagai jabatan dan agensi kerajaan negeri.
0 Comments