SALMAH MAT HUSAIN
KOTA BHARU: Seramai 40 pelajar Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) program Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAKK) menyertai pertandingan memasak yang julungkali diadakan di luar pusat pengajian teesebut.
Pensyarah Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Insan KIAS Ahmad Hazman Ali berkata, program seperti itu diadakan untuk mempertingkatkan kemahiran dan ilmu pelajar.
"Walaupun ia hanya ilmu memasak, tetapi sebenarnya menyentuh banyak perkara lain termasuk untuk berdepan dengan orang ramai," katanya pada program Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAKK) Masterchef 2025 di Tunjong, di sini baru-baru ini.
Beliau juga berkata, sebagai kolej di bawah kerajaan negeri yang menekankan pendidikan akhlak, pelajarnya mudah dibentuk biar pun tidak melibatkan bidang pengajian Islam.
Menurutnya juga pendidikan awal kanak-kanak mendepani cabaran yang semakin mencabar dan perlukan ilmu khususnya yang berteraskan pendidikan Islam.
"Bidang PAKK popular sebenarnya, siapa kata tidak terkenal, tetapi ia ditenggelamkan dengan kos pengajian syariah dan pengajian Islam menyebabkan ia tidak begitu dikenali," katanya.
Sementara itu, Sementara itu, pelajar Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak KIAS, Muhamad Ammar Mukhriz Othman, 20 berkata, program berkenaan diadakan untuk mendedahkan kaedah penyediaan makanan yang sihat kepada kanak-kanak.
Menurutnya, setiap pelajar yang mengambil bidang PAKK akan mengikuti kursus pengendalian makanan berkhasiat untuk kanak-kanak.
Katanya sebanyak tiga menu dipertandingkan dalam master chef, antaranya sandwish, bento dan salad buah-buahan atau salad sayuran.
"Selepas belajar kami yang mengambil bidang ini berpeluang mengajar serta menyediakan menu sihat di sekolah-sekolah tadika atau seumpamanya," katanya.
0 Comments