Ticker

6/recent/ticker-posts

Kelantan kekal jadi tumpuan pelancong sepanjang Ramadan

 


SALMAH MAT HUSAIN

KOTA BHARU: Kelantan kekal menjadi tumpuan pelancong sepanjang Ramadan kerana mereka ingin merasai suasana berpuasa di negeri itu khususnya di Madinah Ramadan dan masjid-masjid utama.


Pengurus Besar Hotel Ibis Styles Kota Bharu Zack Harun berkata, pihaknya  menarik lebih ramai pelancong dengan memperkenalkan promosi bilik istimewa sepanjang Ramadan.


"Kami yakin jumlah kedatangan pelancong yang akan menginap di  Hotel Ibis Styles tahun ini mencapai 70 peratus, khususnya dari luar Kelantan seperti tahun lepas," katanya pada sesi review buffet Ramadan di sini kelmarin.


Menurutnya juga bagi membantu golongan memerlukan pihaknya mengumpul RM1 daripada setiap pelanggan yang berbuka puasa di hotel berkenaan untuk disalurkan kepada anak yatim dan asnaf.


Kata beliau sumbangan diberi dalam bentuk keperluan sekolah atau barangan dapur dikumpul dalam tempoh 28 hari dan akan diagihkan selepas Aidilfitri.


“Sebelum ini kami pernah mengumpul hampir RM9,000 melalui inisiatif tersebut. Bagaimanapun jumlah kutipan dijangka sedikit berkurangan tahun ini memandangkan program berbuka hanya diadakan dalam hotel sahaja.



"Tahun lepas kami turut menyediakan ruang berbuka puasa di khemah besar bersebelahan hotel.


“Promosi bilik tahun ini ditawarkan pada harga RM130, RM150 termasuk sahur, dan RM199 bagi pakej berbuka puasa serta sahur," katanya.


Hotel tersebut turut menyediakan ruang solat khas untuk pelanggan bagi memenuhi permintaan mereka yang ingin menunaikan solat berjemaah selepas berbuka puasa.


Selain itu, hotel tersebut turut menganjurkan sesi tadarus al-Quran selama 30 hingga 40 minit sebelum azan Maghrib bagi menghidupkan suasana Ramadan.

Post a Comment

0 Comments