Ticker

6/recent/ticker-posts

Laluan utama di Kelantan mulai sesak



SALMAH MAT HUSAIN

KOTA BHARU:  Bandar Kota Bharu serta laluan utama di negeri ini mulai sesak sekarang ekoran ada perantau yang sudah pulang ke kampung bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga. 


Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, ada perantauan pulang lebih awal bagi merasai kemeriahan suasana Ramadan di Kelantan di samping merasai kemeriahan solat tarawih dan makan colek. 


"Kami turut meluangkan masa menyantuni warga Kampung Lundang dalam program makan colek termasuk dihadiri perantau yang pulang awal," katanya pada program makan colek baru-baru ini. 



Menurutnya juga Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kota Bharu setiap tahun mengadakan program sumbangan kepada golongan yang memerlukan sempena Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri.


Kata beliau bantuan itu tidak terhad pada musim perayaan, malah Pusat Khidmat DUN Bunut Payong, Tanjong Mas dan Kota Lama sentiasa berusaha menyelesaikan masalah rakyat dengan menyalurkan bantuan. 


Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bunut Payong Shaari Mat Yaman.

Post a Comment

0 Comments