Ticker

6/recent/ticker-posts

EMPAT JENIS PREMIS PERNIAGAAN WAJIB DITUTUP PADA 1 SYAWAL

Oleh: Asri Hamat

KOTA DARULNAIM, 27 Mac - Kerajaan Negeri Kelantan menjelaskan hanya empat jenis premis perniagaan yang diwajibkan  tutup pada hari raya pertama di Kelantan.

Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar, YB Hilmi Abdullah berkata, arahan penutupan tersebut selaras dengan undang-undang kecil pelesenan perniagaan dan perindustrian, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di bawah akta hari pelepasan am 1951.

"Undang-Undang ini memperuntukan kuasa yang membolehkan PBT mengarahkan mana-mana aktiviti perniagaan ataupun perindustrian tidak dijalankan di sesuatu tempat atau premis berlesen melainkan pada waktu yang ditetapkan. 

“Klausa kuasa PBT ini untuk menentukan masa operasi aktiviti-aktiviti perniagaan," katanya selepas mesyuarat Exco di Mabna, Kompleks Kota Darulnaim pada Rabu.

Tambah YB Hilmi lagi, akta tersebut menetapkan empat jenis premis perniagaan yang diwajibkan tutup pada hari raya pertama iaitu pasaraya (hypermarket), pasaraya (super market), kedai serbaneka dan restoran makanan segera.

Katanya lagi, arahan penutupan ini adalah untuk meraikan hak pekerja Muslim untuk menyambut hari raya serta mereka dapat melaksanakan hak mereka di bawah akta pelepasan am 1951.

Sebelum ini ramai tersalah anggap bahawa semua premis perniagaan ditutup pada hari raya pertama, sedangkan hanya empat kategori premis tersebut sahaja yang diarahkan tutup.

Post a Comment

0 Comments