Ticker

6/recent/ticker-posts

MB KELANTAN BERI TIPS DERMA LEBIH BAIK DARIPADA BERIBADAH 1,000 BULAN

Oleh: Norzana Razaly

KOTA BHARU, 7 Mac – Umat Islam digalakkan merancang strategi bersedekah dengan bijak bagi meraih keberkatan Lailatulqadar, yang nilainya lebih baik daripada 1,000 bulan.

Menteri Besar Kelantan YAB Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Mohd Nassuruddin Daud dalam ucapannya ketika merasmikan Madinah Ramadan di Perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV pada Khamis, mencadangkan teknik infak yang boleh menjadi pelaburan akhirat yang tidak ternilai.

“Atur wang kita RM1,000. Derma RM100 sehari kepada orang buat masjid pada 10 hari terakhir Ramadan.

"Tempek ibu jari (insya-Allah) kena pada lailatulqadar. Hal ini lebih baik, ertinya bukan sekadar bersedekah, tetapi ganjarannya menyamai ibadah selama 83 tahun tiga bulan,” katanya.

Beliau berkongsi tips tersebut selepas mengupas maksud hadis berkaitan seorang pemuda Bani Israel yang beribadah sepanjang malam dan berjihad pada siang hari selama 83 tahun 3 bulan.

Namun, Allah SWT telah mengurniakan kepada umat Nabi Muhammad SAW satu malam yang lebih mulia daripada 1,000 bulan, iaitu lailatulqadar.

Justeru, beliau mengajak umat Islam untuk merebut keistimewaan Ramadan dengan memperbanyakkan amal soleh, termasuk bersedekah dan menyumbang kepada pembangunan masjid sebagai bekalan akhirat.

Madinah Ramadan yang berlangsung sepanjang bulan kesembilan di dalam takwim hijri itu menjadi pusat ibadah dan kebajikan di Kelantan dengan pelbagai program seperti solat berjemaah, tadarus al-Quran, kuliah agama serta agihan juadah berbuka puasa kepada masyarakat.

Post a Comment

0 Comments