Ticker

6/recent/ticker-posts

Pimpinan PN berhimpun di Bachok sempena Badar al Qubra



BACHOK: Rakyat di kawasan parlimen Bachok dan kawasan sekitarnya berpeluang mengikuti perkembangan isu-isu semasa sempena ceramah Badar al Qubra pada Selasa ini. 


Program itu akan bermula pada jam 5.30 petang dengan tadarus al Quran,  di mana kupasannya bakal disampaikan Pengarah Institut Pemikiran Tok Guru Prof Emeritus Datuk Dr Johari Mat. 


Lokasinya di Kompleks Pendidikan Islam Bachok di Kampung Badak, dekat sini. 


Program tahunan anjuran PAS Kelantan, kali ini akan menampilkan Presiden PAS Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainuddin serta Menteri Besar Kelantan Datuk Panglima Perang Ustaz Mohd Nassuruddin Daud. 


Turut ditampilkan Naib Presiden PAS Datuk Idris Ahmad, Pesuruhjaya PAS Kelantan Datuk Bentara Kanan Ustaz Ahmad Yakub dan Setiausaha PAS negeri Datuk Wan Roslan Wan Hamat. 


Timbalan Ketua Penerangan PAS Kelantan Nik Bahrum Nik Abdullah berkata, sempena program itu akan turut diadakan penyerahan kutipan dana Kompleks PAS Pusat. 


"Orang ramai terutamanya mereka yang tinggal di sekitar Bachok dijemput hadir sambil berbuka puasa dengan pimpinan PAS, bersolat tarawih dan mengikuti ceramah Badar al Kubra," katanya di sini.

Post a Comment

0 Comments