Ticker

6/recent/ticker-posts

Tanpa tawaf, solat 5 waktu putaran bumi berhenti



Dr Zulkeflee Yaacob

ISLAM bukan sekadar agama sebaliknya sebagai pegangan hidup dan mati penganutnya. Sebaliknya konsep agama yang difahami segelintir masyarakat khususnya entiti politik adalah muncul daripada fikiran jahat atau syaitan. 


Anggapan semua agama sama menjadi punca orang kafir tidak masuk Islam. Orang cerdas mencari kepercayaan beragama secara vertikal dan holistik dalam kehidupan.


Dengan mengajar dan mengucap kalimah syahadat sebagai pengabdian kepada pencipta manusia lalu beriman dan melakukan segala perintah-Nya. Mereka cerdik dan berani tetapi taat pada hukum negara. 


Dengan Islam menjanjikan syurga bukan ringgit atau dollar dan jauh sekali mendidik perkara maksiat dan mungkar seperti ‘tiger’ kerana ia bukan keimanan tetapi minuman dilarang yang merosakkan akal manusia.


Setiap Muslim berasa bangga apabila mengerti ajaran Islam dan upaya mengamalkannya baik secara lahir mahupun batin. Dengan solat yang sempurna secara amalan zahir dan batin, iaitu khusuk serta faham apa-apa yang dibaca dalam solat.


Orang bukan Islam secara batil seperti cacing perut kerana hidup mengisi perut atau mencari hidup untuk makan. 


Penjawat awam  beriman bertugas atas kompeten dan fail meja masing-masing. Begitu juga anggota keselamatan dan ketenteraman menangani hal jenayah, rasuah, kes sivil bukan mengurus ehwal syurga neraka.


Meski pun mempunyai kekuatan 100 bintang dan hierarki paling tinggi dalam masyarakat tetapi had dalam Islam sebagai agama universal menuntut manusia membaca dengan kalimat “bacalah”. 


Orang beriman yang mencintai al Quran cukup mengerti bahawa al Quran bukan sahaja untuk umat Islam tetapi manusia untuk mengetahui kemajuan sains dan teknologi. 



Dari sudut asal usul manusia dan teknologi hingga praktik ibadat seperti haji sebagai rukun Islam kelima rinci dan jelas dalam Quran yang berbeda amat dengan agama lain. 


Umpamanya praktikal ibadat haji yang merupakan jihad paling tinggi apabila Nabi Ibrahim ke Makkah yang dahulunya lembah tandus dan kering lalu memanggul batu hitam Hajar Aswad di Kaabah.


Penelitian dan penemuan sarjana Eropah tentang batu Hajar Aswad melalui teleskop di ruang angkasa Kaabah kerana mereka tidak Islam tetapi dibenarkan oleh penguasa King Abdullah pada tahun 2013. 



Rumusan mereka dipetik dalam koran premium New York Times bahawa “manusia terhutang pada umat Islam kerana tanpa tawaf dan solat 5 waktu putaran bumi berhenti”.


Sumber bumi berpusat di batu hitam Hajar Aswad yang memancarkan gelombang elektromagnet kerana hajar merupakan batu meteor mengandungi kadar logam lebih 23,000 kali lebih tebal dari baja kimia.


Agama Islam adalah agama tertinggi dan diredai Allah berbeza dengan agama lain seperti agama falsafah kerana “tuhan jadi orang kemudian orang naik pangkat jadi tuhan”. 


Begini analogi agama falsafah “meja dibuat dari kayu oleh tukang kayu” bererti ciptaan dicipta oleh pencipta bukan pencipta mereka ciptaan untuk dicipta. Pening sekejap hanya proses berfikir secara saintifik bukan perkara ghaib yang keluar dari medan logik.


Akhir-akhir ini disebut dunia akhir zaman kerana berlaku kekalutan dalam musibah geofizik merentas benua kejadian banjir, tsunami, gempa bumi, gunung berapi, kebakaran luas, salji tanpa musim dan musibah kemanusiaan seperti peperangan skala besar terarah kolonial di Ukraine dan genoside di Palestine.


Ini pancaroba dan segmen dunia yang dilihat mengancam kehidupan tetapi dari sudut Islam hal godaan terhadap dunia punca umat Islam semakin jauh dari tauhid dan lemah bersaing semua lapangan sosioekonomi, ketenteraan, teknologi sains, pertanian dan pemakanan termasuk pemerintahan negara.


Puncanya dalam kalangan umat Islam adanya orang munafik, mereka bekerjasama dengan pihak bukan Islam untuk menghancurkan Islam. Umat Islam diganggu-gugat kerana mereka tidak rela dan reda mengikut cara hidup Islam. 


Namun menganggu para solehin dan ahli jemaah yang taat dan takwa umpama membangun harimau untuk membaham mangsa dan kalimat “tidak menghunus pedang jika tidak diganggu suatu elemen kepercayaan bukan terbatas pada agama tetapi menjadikan cara hidup mengikut peraturan agama.


Penguasa perlu tegas dan keras tangani kemungkaran dan isu bersabit rukun negara dan pelanggaran kanun perlembagaan seperti peruntukan fasal 3 tentang Islam sebagai agama Persekutuan. 


Penguasa dan pemerintah mesti mencegah dan menangani kemungkaran dan maksiat dengan tangan sementara ulama dan kiyai pula dengan lisan. 


Gembleng kompeten umarak dan ulama dapat memancu negara lebih makmur sekali gus mengelak berantakan sama sendiri selaras sultan dan raja sebagai ketua agama di negeri-negeri masing-masing,


Ulama dan kiyai meletakkan diri paling bawah tetapi jika orang Islam mengejar harta, jabatan atau pangkat, dan syawat dunia meski pun tidak dilarang malah mencari kedua-dua bersumber Hadis Nabi SAW bahawa “cari dunia seolah-olah hidup 1000 tahun tetapi beribadatlah seolah-olah mati keesokkannya”.


Sementara peradaban komunis, sekular dan liberal diilhat sengketa sama sendiri, saling menjelikkan, cemuhan dan hina-menghina apalagi ahli politik sinonim anjing politik meraih penyokong pelbagai tipu helah dan dusta.



Cari dunia atas kemunafikan, membunuh rakan politik, kecurangan, kebohongan dan lain-lain sifat jelik untuk status dan kedudukan dalam masyarakat hanya ancaman tauhid.


Moment Ramadan menjadi sekolah untuk tarbiah diri dan kehidupan kerana Ramadan mendidik roh dan jasad makna lapar bukan lemah. Dalam Islam tidak dapat secara langsung seperti sambal akan berasa pedas serta merta. 


Sebaliknya pengisian bulan Ramadan dengan puasa pada siang hari dan solat sunat tarawih pada waktu malam serta ibadat lain seperti zikir, tasbih, sedekah, infaq, kebajikan, ziarah ibu bapa, keluarga dan sebagainya hanya dapat dinikmati pasca kematian di alam kubur dan akhirat kelak.


Usai Ramadan melahirkan Muslim yang hayati sejarah berpuasa, semakin mendekati masjid setiap solat waktu dan kukuh keimanan menghadapi provokasi massa kerana tiada lagi perang agama mutakhir ini. 


Sebaliknya isu agama wadah dicanang di khalayak, fitnah dan sangkaan jahat agama semakin meluas sehingga membuat fitnah Nabi SAW beristeri lebih 23 wanita dan air zam zam produk Saudi Arabia. 


Oleh itu, ulama merupakan jaguh politik dan lebih berkualiti kerana mereka membaca konteks politik dalam sistem demokrasi bagi meraih kuasa melalui hitungan angka dan bukannta penentuan pemilih atau pengundi.

Post a Comment

0 Comments