Ticker

6/recent/ticker-posts

UMK komersial produk berasas madu kelulut



BACHOK: Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Syarikat Xbuzz Stingless Bee Production Sdn. Bhd baru-baru ini menandatangani perjanjian pelesenan bagi Rahsia Dagangan Produk "Kelulut Gummies".


Produk Vitalulut Gummies hasil kerjasama strategik UMK dan Hannan Medispa Sdn. Bhd., selepas pelancaran produk “Whitening Suncreen”.


Naib Canselor UMK, Prof Ts Dr Arham Abdullah berkata, UMK amat berbesar hati atas kesudian Hannan Medispa bekerjasama mengkomersialkan produk R&D hasil penyelidikan penyelidik UMK.


Katanya, produk VitaLulut Gummies adalah produk pertama keluaran Syarikat Xbuzz Stingless Bee Production Sdn Bhd, syarikat hiliran UMK bersama Hannan Medispa Sdn Bhd. 


"VitaLulut Gummies adalah produk yang diformulasikan khas dengan madu kelulut dan Vitamin C untuk meningkatkan tenaga serta menyokong sistem imun badan.


“Produk ini hasil formulasi yang diperkenalkan Syarikat Xbuzz Stingless Bee Production Sdn Bhd, yang mula ditubuhkan pada tahun 2024 dengan memfokuskan produk berasaskan madu kelulut," katanya majlis tersebut. 


Majlis pelancaran turut disempurnakan Ketua Pegawai Eksekutif, Hannan Medispa Sdn. Bhd., Dr Mohd Hannan Yusof dan Pengurus Hannan Medispa Sdn. Bhd., Hannan Jamaludin.



Manakala dokumen perjanjian ditandatangani Dr Arham dan Pengarah Urusan Xbuzz Stingless Bee Production Sdn. Bhd., Dr. Zubaidah Aimi Abdul Hamid.


Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), Prof. Dr. Huzili Hussin dan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Mohammad Ismail, Menjalankan Tugas (Operasi), Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi).

Post a Comment

0 Comments