Ticker

6/recent/ticker-posts

Adun Salor agih 2,000 kotak air mineral ke masjid



SALMAH MAT HUSAIN

KOTA BHARU: Sebanyak 2,000 kotak air mineral bernilai RM20,000  diagihkan Pusat Khidmat Dun Salor kepada 16 masjid mukim di Dun berkenaan sempena Ramadan. 


Turut diagihkan kepada 120 madrasah serta surau di seluruh Dun tersebut  untuk meraikan jemaah masjid ketika beriftar.


Adun Salor Saizol Ismail berkata, ia juga bertujuan untuk memberi manfaat kepada para jemaah yang hadir menunaikan solat tarawih.


Katanya usaha itu sebagai sebahagian inisiatif kebajikan bagi memastikan keselesaan jemaah sepanjang beribadat di bulan Ramadan.


“Semoga sumbangan ini dapat dimanfaatkan sebaiknya jemaah yang hadir untuk menunaikan solat tarawih di masjid serta surau di Dun Salor,” katanya di sini. 


Sumbangan ini merupakan sebahagian daripada program tahunan bagi menyemarakkan Ramadan dan mengukuhkan silaturahim dalam kalangan masyarakat setempat.

Post a Comment

0 Comments