Ticker

6/recent/ticker-posts

UMK perkukuh kolaborasi bersama media



SALMAH MAT HUSAIN

KOTA BHARU: Kolaborasi antara universiti dan media membawa pelbagai manfaat kerana sebagai sebuah lembah ilmu, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) perlu digerakkan dengan sumber terbaik demi manfaat bersama.


Naib Canselor baharu UMK, Prof Ts. Dr Arham Abdullah berkata, kerjasama yang padu dengan media diadakan dari semasa ke semasa.


"Kita berharap rakan-rakan media sudi sebar luaskan maklumat berkaitan kami di UMK kepada masyarakat umum agar mereka tahu tentang aktiviti khususnya maklumat berkaitan pendidikan di sini.



"Alhamdullilah, peluang malam ini saya mengenali dan mengeratkan hubungan bersama rakan media yang banyak membantu menyampaikan informasi berkaitan UMK," ujarnya pada pertemuan wakil media kelmarin. 


Dr Arham turut mengucapkan terima kasih kepada semua media yang sering memberi liputan mengenai UMK termasuk Harakahdaily sehingga pernah memenangi Anugerah Liputan Terbanyak UMK dua tahun lalu.


Hadir sama pada pertemuan itu, Presiden Kelab Media Kelantan Darulnaim (Kemudi) Yatimin Abdullah dan timbalannya, Shahnon Hanif Abdullah Suhaimi.

Post a Comment

0 Comments