Ticker

6/recent/ticker-posts

Zafrul pilih haluan baru

 


Oleh Arus Lebir

PENGAKUAN Presiden Umno, seorang Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi bakal menyertai PKR seolah-olah mengesahkan Umno terus dilanda kemelut. 


Zahid Hamidi dilihat terpaksa akur dengan pendirian Tengku Zafrul yang dianggap sebelah kaki sudah bersama Anwar Ibrahim. Zafrul mulai popular selepas dibawa menyertai kabinet era kerajaan Perikatan Nasional (PN). 



Pada 9 Mac 2020, Zafrul dilantik menerajui Kementerian Kewangan hasil usaha Muhyiddin Yassin. Sebelum itu beliau hanya dikenali sebagai seorang banker. Pada kenyataannya sebelum ini Zafrul mendakwa menyertai Umno pada 1997.


Biar pun disebut sudah lama bersama Umno mengapa tiba-tiba mahu bertukar wadah perjuangan. Apakah Umno sudah ada masa depan? Mungkin itu dirasai banyak pihak ketika Umno di bawah Zahid. 



Ramai melihat Zahid diselamatkan daripada 47 pertuduhan pecah amanah selepas bersama kerajaan Madani. Namun isu moral itu mengusarkan ramai pemimpin Umno termasuk Zafrul. 


Tambahan pula status Zafrul sebagai menteri melalui kerusi senator. Tempoh dua penggal ahli Dewan Negara akan berakhir awal 2026. Untuk kekal sebagai menteri Zafrul perlu menang pilihan raya. Bertanding atas tiket Umno mungkin dilihat sukar untuk menang, lebih-lebih lagi di Selangor. Adakah ini antara kemelutnya.

Post a Comment

0 Comments