KOTA BHARU, 20 April – Seramai 17 peserta telah mendaftar mengikuti kelas kelingkan anjuran Majlis Kraftangan Malaysia dengan kerjasama Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita (U-KEkWA), hari ini.
Kelas tersebut dijalankan di Pusat Latihan OKU dan Wanita (PLOWA) bermula hari ini, bertujuan memperkasa kemahiran tradisional dalam kalangan wanita dan golongan kelainan upaya (OKU).
Exco Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita, YB Rohani Ibrahim berkata, program tersebut menggunakan pendekatan berstruktur melalui empat modul utama yang dibahagikan mengikut bulan.
"Pada bulan pertama, peserta akan diperkenalkan dengan peralatan asas kelingkan serta diberikan latihan asas teknik sulaman.
Manakala pada bulan kedua dan ketiga, peserta akan diberi bimbingan dalam menyiapkan produk akhir seperti sarung buku, hiasan bingkai gambar, alas mangkuk, dan beg pouch.
“Kita mahu peserta bukan sahaja mahir dalam teknik kelingkan yang halus dan bernilai warisan, tetapi juga mampu menghasilkan produk berkualiti yang boleh dipasarkan dan menjana pendapatan sendiri,” ujar beliau ketika dihubungi, hari ini.
Menurut YB Rohani lagi, kelingkan merupakan salah satu seni sulaman tradisional Melayu yang semakin dilupakan, dan usaha seperti ini dilihat sebagai satu inisiatif penting dalam memelihara warisan sambil memberdaya komuniti OKU dan wanita melalui latihan kemahiran hidup yang relevan.
Tambahnya, kelas yang berlangsung tiga kali seminggu pada setiap Ahad hingga Selasa, bermula pukul 8.30 pagi hingga 5.00 petang, akan dijalankan secara berfasa selama tiga bulan, dengan tumpuan kepada kemahiran asas hingga penghasilan produk siap.
"Sesi pada minggu pertama bermula minggu ini dikendalikan guru kraf berpengalaman Nik Faiz Nik Mohd Amin.
"Manakala minggu kedua akan diteruskan pada bulan Mei," jelasnya.
Beliau turut menzahirkan harapan agar peserta memanfaatkan peluang ini sebaik mungkin, seterusnya menjadikan kemahiran yang dipelajari sebagai asas kepada pembangunan ekonomi diri dan keluarga.

0 Comments