Oleh Dr Zulkeflee Yaacob
KEBAKARAN meluas berpusat di Beit Shemesh, wilayah utara Palestin dan beberapa wilayah lain di bahagian tengah Israel hingga sampai ke kota Yerusalem suatu kasus balasan atas kekejaman dan keganasan atau ‘brutal’ terhadap rakyat Palestin.
Kobaran atau api marak melahap sejumlah kota di Israel kerana angin kencang dan udara sangat panas.
Laporan media tempatan Israel menyatakan sebanyak 11 pesawat pemadam kebakaran dan lebih 100 petugas penyelamat bekerja keras di lokasi memadam kebakaran.
Daerah paling teruk di Estaol, iaitu perbukitan di Yerusalem dan beberapa wilayah lain dengan anggaran lebih 2,471 hektar dilahap api kerana suhu sangat panas dan hutan kering.
Secara langsung ia dikaitkan dengan ucapan Presiden Amerika, Donald Trump bahawa 'Gaza Neraka' telah beralih ke Israel dan Amerika Syarikat yang ditimpa bencana kebakaran sebelum ini.
Ia langsung tidak disangka Benjamin Netanyahu dan Trump. Neraka yang dijanjikan Trump telah salah sasaran kerana membakar negara sendiri.
Sekian waktu mereka menyala api di tanah Palestin, membakar banyak jiwa dan menanam kebencian serta menyebar fitnah. Kini Israel dan Amerika Syarikat menuai badai api dan taufan di bumi mereka jijak.
Mimpi zionis Israel berubah menjadi abu dan sekarang merasa kepanasannya. Namun Israel terus angkuh menyerang Gaza ketika api menjulang tinggi di Israel.
Tanda-tanda kejatuhan Zionis Israel di mata dunia dan kemerdekaan Palestin semakin ketara di sebalik perpecahan di Amerika angkara Trump.
Mantan Perdana Menteri Israel, Ehud Barak mengkritik hebat Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu. Ehud Barak memperingatkan ancaman besar kuasa dan indentitas masa depan Israel.
Beliau mahu Netanyahu bertanggungjawab atas tindakannya membawa Israel ke arah jurang berbahaya yang semakin nyata.
Aksi perang dianggap hanya sia-sia kerana didorong kepentingan politik Netanyahu.
Terbaru Israel menerima tambahan tiga jet tempur F-35 bagi menguatkan tentera IDF yang telah memiliki 45 pesawat seperti dinyatakan jurucakap tentera Israel, Avichay Adraen.
Pesawat tempur itu akan tiba di pangkalan udara Nevatim pada 24 April ini. Jet terbabit akan dimasukkan ke dalam skuadrom ke-140 Angkatan Udara Israel.
Ketika Tel Aviv hancur luluh menyebabkan Israel makin panik. Israel menyembunyi kegusaran dengan mengebom Lebanon, Syria dan Gaza dengan menyasarkan rumah sakit, sekolah dan infrastruktur awam.
![]() |
Israrl bom Lubnan |
Negara Timur Tengah tidak berdiam diri lagi sekarang. Dunia Islam kembali bersatu sehingga Amerika mulai curiga dan bimbang.
Iran dan beberapa negara Islam sudah bergerak di lapangan dan bukan lagi sekadar penonton. Iran beraksi lebih awal dan menegaskan Israel dan Amerika akan merasakan akibatnya kelak.
Iran merupakan pemain utama medan persenjataan dengan memiliki nuklear dan rudal jarak jauh.
Iran ada hubungan diplomatik di seluruh Timur Tengah, malah mempunyai dukungan moral dunia Islam membela rakyat Palestin yabg dibantai saban waktu zionis
Arab Saudi sudah bersuara. Jordan pula mengancam merenggang hubungan diplomatik dengan Israel dan Turki sedia bertindak jika Israel semakin ganas mengebom bumi Palestin.
Amerika Syarikat sebelum ini pantang melihat Israel diganggu, tetapi kini berdepan kebangkitan rakyat sendiri yang sering bangkit unjuk rasa secara besar-besaran.
Begitu juga kelompok siswa mengadakan protes menolak Amerika menjadi alat zionis Israel. Israel pastinya akan rebah tanpa dukungan Amerika. Sekarang api marak membakar tanah diduduki zionis Israel.
0 Comments