Program Himpunan Armalah 2026 DUN Temangan: 666 armalah disantuni


Oleh: Irham Hilmi Hashim | Foto: PKD Temangan

MACHANG, 9 Mac – Program Himpunan Armalah Peringkat DUN Temangan 2026 anjuran Pusat Khidmat DUN Temangan  berlangsung di Dewan Dato’ Hj Hassan berjaya menyantuni sebanyak 666 golongan armalah (ibu tunggal) dengan sumbangan wang tunai daripada Kerajaan Negeri Kelantan.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan merangkap Ahli Dewan Negeri (ADN) Temangan YB Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan pada Khamis lalu.


Dalam ucapannya, beliau menegaskan bahawa kerajaan negeri sentiasa mengambil berat kebajikan golongan armalah dan mereka yang memerlukan agar kebajikan rakyat terus terbela.

“Inisiatif seperti ini merupakan antara usaha berterusan kerajaan negeri bagi memastikan bantuan dapat disalurkan kepada golongan sasar secara tersusun dan berkesan. Kita harap sumbangan yang diberikan mampu membantu meringankan beban kehidupan para penerima, di samping menjadi tanda ingatan bahawa mereka sentiasa berada dalam perhatian kerajaan,” katanya.


Dalam majlis tersebut, Dato’ Dr Mohamed Fadzli menzahirkan penghargaan kepada petugas di Pusat Khidmat DUN Temangan, para Penghulu Mukim serta semua pihak yang terlibat atas usaha menyelaras serta memastikan program berjalan lancar.

Post a Comment

0 Comments