Ticker

6/recent/ticker-posts

PUSAT PENYELIDIKAN, PEMBANGUNAN PEMACU TRANSFORMASI SEKTOR PERTANIAN DAN PENTERNAKAN KELANTAN

Exco Pertanian, Industri Agro Makanan dan Komoditi Negeri Kelantan, YB Dato’ Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail

Oleh: Asri Hamat

KOTA DARULNAIM, 22 April – Kerajaan Negeri Kelantan terus mengorak langkah strategik dengan membina pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) khusus dalam bidang pertanian dan penternakan sebagai usaha memperkukuh daya saing sektor tersebut di peringkat nasional.

Tiga pusat utama sedang digerakkan iaitu Kelantan BioArt Centre di Jeram Pasu, Organic Research Centre di Labok, dan pembangunan pertanian serta penternakan berskala besar di Rong Chenok Agro Valley di Pasir Mas.

Menurut Exco Pertanian, Industri Agro Makanan dan Komoditi YB Dato’ Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail, kewujudan pusat-pusat tersebut berperanan sebagai nadi penyelidikan, inovasi serta pengembangan teknologi kepada para petani dan penternak di Kelantan.

“Kelantan BioArt Centre dibangunkan khusus sebagai pusat R&D biak baka ternakan ruminan berkualiti, manakala Organic Research Centre di Labok menjadi rujukan utama pembangunan produk organik dan amalan pertanian mampan,” katanya dalam Persidangan Dewan Negeri Kelantan Penggal ke-15, hari ini.

Tambahnya, Rong Chenok Agro Valley pula dibangunkan sebagai kawasan integrasi pertanian dan penternakan, lengkap dengan kemudahan agro pelancongan dan projek berskala besar seperti penternakan ayam, akuakultur serta pertanian moden termasuk hidroponik dan fertigasi.

“Ketiga-tiga pusat ini bukan sahaja bertindak sebagai fasilitator inovasi, bahkan berfungsi sebagai pusat latihan, demonstrasi teknologi, dan pengembangan industri agro yang lebih sistematik serta menjana peluang ekonomi baharu kepada penduduk setempat,” katanya.

Jelas beliau, langkah berkenan selaras dengan aspirasi menjadikan Kelantan sebagai jelapang makanan negara serta menyokong keterjaminan makanan jangka panjang.

Post a Comment

0 Comments