Ticker

6/recent/ticker-posts

KDN FC yakin dapat beraksi Liga Super 2025/2026



SALMAH MAT HUSAIN

KOTA BHARU: Kelab bola sepak Kelantan Darul Naim (KDN) FC yakin akan memperolehi Lesen Kebangsaan daripada Liga Bolasepak Malaysia (MFL) untuk bersaing dalam kancah Liga Super 2025/2026.

 

Presidennya, Rozi Muhamad berkata, setakat ini KDN FC sudah berjaya menyelesaikan lebih 90 peratus urusan pelesenan kelab berkenaan bagi memenuhi segala syarat yang ditetapkan MFL.


"Setakat ini hanya tinggal keputusan rasmi mesyuarat First Instance Body (FIB) sama ada KDN FC layak untuk bersaing pada musim akan datang," katanya semasa sidang akhbar pada Majlis Apresiasi KDN FC semalam.


Hadir sama Timbalan Menteri Besar Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan dan Ketua Pegawai Eksekutif KDN FC, Datuk Irwan Rizal Mohd Ali Napiah.


Menurutnya juga untuk menghadapi musim baharu KDN FC melakukan perubahan besar-besaran barisan pemain dan pengurusan KDN FC untuk memperkemaskan pasukan.


Menurutnya juga pada saingan musim lalu masalah kewangan memberi kesan sehingga menjejaskan prestasi pasukan KDN FC.


Namun, katanya untuk saingan 2025/2026 KDN FC sudah menyediakan pelan baharu ke arah memulihkan semula pasukan.


Kata beliau juga pihaknya masih berhutang gaji pemain Liga Super pasukan musim 2024/2025 sebanyak empat bulan dan pengurusan mengambil serius perkara tersebut.


"Sebenarnya KDN FC berdepan tunggakan gaji tujuh bulan, bukan lapan bulan sebagaimana didakwa. Kita telah selesaikan dan setakat ini ia masih berbaki empat bulan," ujarnya.

Post a Comment

0 Comments