Terus ke kandungan

SUARA RAKYAT, CERITA SEMASA

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Malang pengundi Ayer Kuning tidak manfaat peluang

Malang pengundi Ayer Kuning tidak manfaat peluang



Oleh Dr Zulkeflee Yaacob

KEPUTUSAN Pilihan Raya Kecil (PRK) Ayer Kuning yang berpihak kepada Umno dengan sokongan pengundi  Melayu dan pelbagai kaum serta anak muda digambarkan rakyat menolak politik kebencian dan naratif Melayu dan Islam terancam.


Betulkah begitu. PRK Ayer Kuning pada 26 April lalu BN berjaya mempertahankan kerusi tersebut apabila calonnya Dr Mohamad Yusri Bakir memperolehi majoriti 5,006 undi menewaskan calon PN, Abd Muhaimin Malek dan calon Parti Sosialis Malaysia (PSM), Bawani KS. 


PRK tersebut diadakan susulan kekosongan kerusi akibat kematian penyandangnya, Ishsam Shahruddin pada 22 Februari 2025.


Isu yang dibawa PAS-PN tentang isu pencemaran sungai kesan penternakan ‘babi’ tidak menjadi tarikan media arus perdana, ‘influencer’ di medsos dan agensi-agensi penguasa. 


Sedangkan penduduk Melayu di Dun Ayer Kuning sudah lama dihimpitkan masalah tersebut. Kerajaan negeri buat pekak badak. Namun malangnya rata-rata pengundi Melayu tetap memilih BN Sabtu lepas. 


Biar pun penduduk Kampung Rahmat sudah lama memperjuangkan isu tersebut, namun pengundi Melayu di kampung lain tetap selesa dengan Umno. 


Apakah pembangkang tidak memanfaatkan isu kos sara hidup dan ekonomi yang membelenggu kehidupan rakyat sekarang?


Sebenarnya banyak isu di lapangan yang diketengah kepada pengundi termasuk isu bendera yang melibatkan kedaulatan negara malah ia mencerminkan sejarah, perjuangan, kemerdekaan dan patriotik setiap warga.


Kesilapan memapar bendera tanpa bulan sabit di muka hadapan akhbar berbahasa Cina tempatan mencetus keharuaan dan sensitiviti masyarakat berbilang kaum yang mengundang amukan dalam kalangan orang Melayu.


Sebaliknya tohmahan ulama cenderung berpolitik menjadi mainan media perdana yang menuntut dipisahkan antara ulama agama dengan ulama politik. 


Sedangkan golongan ulama paling awal cakna politik, demi menjaga kepentingan umat Islam ketika era  pemerintahan penjajah. 


Melalui politik dapat mengelola kuasa, membina dasar dan peraturan terarah kepada aturan kehidupan rakyat berwadah tuntutan Islam seperti halal haram dalam kehidupan seharian. 


Pemimpin dan aktivis politik yang berpendidikan agama amat sedar dan peduli politik kerana urusan umat perlu ditentukan oleh mereka yang peduli kepada hukum agama.


Dalam al Quran, surah An-Nisa: 58 Allah SWT berfirman dengan maksudnya; "Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, supaya kamu menghukum dengan adil..."


Pemilihan pemimpin bukan sekadar melaksanakan urusan dunia tetapi dipersoalkan di akhirat kelak. 


Ini kerana kepimpinan yang jatuh kepada orang yang tidak layak hanya memudarat besar pada kasus kehidupan Muslim dan bukan Islam. 


Ulama adalah pewaris para nabi, dan mereka bertanggungjawab  membimbing masyarakat dan menggubal kanun selaras tuntutan Islam yang diperolehi melalui kuasa politik.


Pemimpin yang hanya takut kepada pencipta akan mengamalkan nilai atribut dan integriti tinggi, amanah dan berhemah serta tidak melakukan nilai buruk seperti korupsi, berbohong dan rakus kuasa.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook

Catat Ulasan

0 Ulasan