Ticker

6/recent/ticker-posts

MAIK PERKASA AGENDA PENDIDIKAN ISLAM DENGAN SUMBANGAN RM29 JUTA


Oleh Norzana Razaly

KOTA BHARU, 30 April– Usaha memperkukuh pendidikan Islam di Kelantan terus dipacu apabila Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) memperuntukkan sejumlah RM29 juta kepada Yayasan Islam Kelantan (YIK) sejak tahun 2014 hingga kini.

Yang Dipertua MAIK YBM Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz menegaskan bahawa pelaburan berterusan itu mencerminkan iltizam MAIK dalam membina generasi berjiwa rabbani dan berdaya saing melalui sistem pendidikan yang holistik.

“Sebahagian besar dana disalurkan untuk membiayai emolumen tenaga pengajar serta aktiviti yang menyokong pengurusan institusi pendidikan Islam negeri,”jelasnya.


Menurutnya, langkah strategik MAIK itu sekali gus memperlihatkan sinergi utuh di antara institusi agama dalam memacu pendidikan Islam ke arah masa depan yang lebih gemilang.

"Pada tahun ini sahaja, sebanyak RM2.5 juta diperuntukkan di bawah kategori asnaf fi sabilillah bagi menampung kos pengurusan tahunan YIK.

“Tambahan RM2 juta turut diluluskan, menjadikan keseluruhan sumbangan bagi tahun ini berjumlah RM4.5 juta. Peruntukan ini antara lain digunakan bagi menyediakan makan minum pelajar di sekolah-sekolah maahad tahfiz YIK serta Maahad Tahfiz Sains Tok Guru,” katanya dalam majlis ramah mesra bersama pelajar tahfiz YIK di sebuah hotel di sini, hari ini.



Post a Comment

0 Comments