Kata Syeikh Wazir jika bermasalah tukar kerajaan


KOTA BHARU: Di sebalik berita yang mendakwa Syeikh Wazir Che Awang Al-Makki Hafizahullah menyokong penuh kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, banyak perkara sebenarnya tidak diberitakan.


Anaknya Ustaz Adnan Wazir berkata, Syeikh Wazir memberitahu kehadirannya pada program muzakarah bersama Mufti Wilayah bersama guru-guru pondok seluruh Malaysia bagi memperkukuh Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Manakala pada program Malaysia Bermunajat 2025 di Masjid Putra, Syeikh Wazir menjelaskan secara asas sesebuah kerajaan mesti kekal selama 10 tahun untuk kestabilan politik.

“Ayahanda juga sebut jika baik kekal baik yang bermaksud jika kerajaan baik kekalkan kerajaan tersebut.
Adnan Wazir


“Namun jika beronar dan bermasalah tukarlah kerajaan,” katanya pada kenyataan bagi menjelaskan perkara sebenar yang berlaku di program Malaysia Bermunajat 2025,” katanya pada kenyataan di media sosialnya.

Baru-baru ini media melaporkan Syeikh Wazir memberitahu pihaknya akan sentiasa berada di belakang perdana menteri dan sedia membantu dalam apa jua rintangan dihadapinya semasa mentadbir Malaysia.

Adnan juga berkata, ayahnya tiba-tiba dijemput oleh perdana menteri untuk bercakap selepas Anwar selesai menyampaikan ucapan.



Kata beliau ucapan itu dianggap sebagai perkara biasa dan tidak menyebelahi perdana menteri sama ada menyokong perdana menteri.

“Sebab itu ketika Mufti Wilayah bertanya pendapat ayahanda tentang Himpunan Turun Anwar (26 Julai ini), dia hanya ketawa.
“Malah beliau memberitahu sebagai ahli PAS biar pun datang ke program berkenaan sehingga menyebabkan orang ramai ketawa,” ujarnya.

Kata beliau juga ketika berucap ayahnya memberi sindiran dan teguran sinis kepada perdana menteri dengan bahasa lembut dengan mengambil kira majlis rasmi Kerajaan Malaysia.
 

Post a Comment

0 Comments