Kelantan Future Leaders Academy 2025 Tawar Latihan Eksklusif Buat Mahasiswa Anak Kelantan

KOTA BHARU, 19 Julai 2025 – Mahasiswa anak Kelantan kini berpeluang mengikuti program latihan kepimpinan eksklusif menerusi Kelantan Future Leaders Academy (KFLA) 2025, yang dibuka khusus kepada anak jati negeri ini bagi melahirkan pemimpin muda berdaya saing dan kompeten.

Program yang dirangka secara intensif ini menyasarkan penyertaan 100 peserta terpilih sahaja, dengan permohonan dibuka selama 7 hari sahaja sehingga 26 Julai 2025, jam 6.00 petang.

Menurut kenyataan rasmi penganjur, program ini terbuka kepada:

- Mahasiswa yang berasal dari Kelantan (Kad Pengenalan berkod 03 atau 29), atau mempunyai ibu bapa kelahiran Kelantan;

- Pelajar di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan ke bawah;

- Berumur tidak melebihi 25 tahun semasa permohonan dibuat.

“Program ini memberi fokus kepada pembentukan jati diri kepimpinan, kemahiran komunikasi, serta daya tahan dalam mengurus cabaran di kampus dan masyarakat sebenar. Ia selari dengan aspirasi melahirkan generasi Al-Qawiyyul Amiin – yang kuat dan amanah,” jelas pihak penganjur.

Pemohon yang menepati syarat digalakkan membuat permohonan segera menerusi laman sesawang rasmi:
👉 https://kfli.my/kfla

Peserta juga diingatkan untuk membaca panduan permohonan terlebih dahulu bagi memastikan kelancaran proses pengisian borang.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan terus ke nombor 011-2093 5713.

Post a Comment

0 Comments