KUALA LUMPUR, 7 Julai – Sekumpulan 9 orang Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang diketuai bekas Timbalan Presiden parti itu, Rafizi Ramli, menyuarakan kebimbangan terhadap dakwaan skandal pelantikan kehakiman yang sedang hangat diperkatakan ketika ini.
Mereka melahirkan kegusaran bahawa isu berkenaan berpotensi menyerupai skandal pelantikan hakim yang pernah menggemparkan negara, iaitu skandal VK Lingam.
Sehubungan itu, kumpulan berkenaan menggesa penubuhan sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat segala dakwaan yang dikemukakan. Menurut mereka, hanya siasatan menyeluruh dan bebas menerusi RCI mampu mengembalikan keyakinan rakyat terhadap integriti sistem kehakiman negara.
Lapan ahli parlimen lain selain Rafizi (Pandan) ialah Nik Nazmi Nik Ahmad (Setiawangsa), Wong Chen (Subang), Rodziah Ismail (Ampang), Zahir Hassan (Wangsa Maju), Bakhtiar Wan Chik (Balik Pulau), Syed Ibrahim Syed Noh (Ledang), S Kesavan (Sungai Siput) dan Onn Abu Bakar (Batu Pahat).
0 Comments