SALMAH MAT HUSAIN
KOTA BHARU: Himpunan Turun Anwar (HTA) yang berlangsung di ibu kota Sabtu lalu memperlihatkan kegigihan wanita muda yang bernaung di bawah Briged Muslimat Malaysia.
Briged Muslimat bukan sekadar unit pengiring, sebaliknya sebagai benteng, pelindung, dan penggerak pimpinan muslimat pada himpunan anjuran PAS.
Ketua Pemuda PAS Kelantan, Mohd Firdaus Mohamed Nawi, di sebalik niqab mereka merupakan wanita berpendidikan tinggi seperti doktor, jurutera, pensyarah dan guru yang sanggup menanggalkan status demi jemaah.
Sebaliknya kata beliau cybertrooper Pakatan Harapan (PH) cuba memperlekeh dan menghina anggota briged tersebut.
“Briged Muslimat dilatih kemahiran asas membaiki kenderaan, pertolongan cemas, pengurusan bencana, keselamatan wanita dan banyak lagi," katanya di sini.
Firdaus juga berkata, kadang kala rakyat lebih mengenali PAS melalui Jabatan Amal dan Briged Muslimat yang sabar menjaga parkir, menyambut peserta dengan senyum dan membantu dengan sopan.
Beliau turut merakam tahniah dan penghargaan kepada Dewan Pemuda PAS Malaysia di bawah Ustaz Afnan Hamimi kerana berjaya memimpin himpunan secara teratur dan berdisiplin.
Begitu juga anggota Jabatan Amal Malaysia yang berjaya menjaga keteraturan dan disiplin sepanjang program berlangsung.
“Sebab kadang-kadang, sumbangan kecil itu menjadi sebab program kita lancar. Dan keikhlasan ‘besar’ itu mungkin sebab turunnya Nusrah Allah,” tambahnya.
0 Comments