Kecaman terhadap PASTI angkara politik sempit


IPOH: Kenyataan pengasas NGO Rakan Nasional Moderat Muhammad Faiz Na’aman yang menganggap institusi pendidikan di bawah PAS tidak wajar beroperasi kerana di bawah parti politik dianggap hilang nilai budiman. 

Pemerhati politik tempatan Dr Zulkeflee Yaacob berkata, kenyataan itu menggambarkan rupa Melayu yang dianggap jahil maklumat.

Katanya, anak-anak PASTI diajar tauhid dan akhlak serta adab sesuai peribahasa ‘melentur buluh dari rebung’ apabila dewasa memberi manfaat kepada ibu bapa, masyarakat, agama dan nusa. 

“Jauhari kenal manikam merujuk kanak-kanak institusi pendidikan vernakular dan kebangsaan hanya pandai tulis baca.

“Dan kemudian menyambung pengajian laras akademik mahupun profesional tapi masih tiada adab dan akhlak seperti rasuah, hilang integriti, pasang bendera terbalik dan tidak menghormati hak watan,” katanya di sini. 

Dr Zulkeflee Yaacob

Baru-baru ini laman berita melaporkan Faiz menggesa kerajaan meneliti institusi pendidikan PASTI, Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) dan Sekolah Menengah Integrasi Teras Islam (SMITI) yang dikelola PAS.

Malah beliau mengesyorkan tindakan tegas atas indoktrinasi penternakan seusia prasekolah. 

Dr Zulkeflee berkata, anak-anak di PASTI dididik dan diasuh kejap prinsip kepercayaan kepada Tuhan, kemenjadian insan yang bersandar kepada Ilahi dan tidak berdusta kerana ciri munafik. 

Menurutnya anak-anak seusia empat hingga lima tahun diajar mengenal Allah dan Rasul serta beramal dengan perintah Allah. 


“Sehingga sekarang tiada pihak lain yang mampu menyediakan pendidikan bermula pra-persekolahan sehingga ke peringkat menengah dengan tenaga yang berkhidmat berorientasikan sukarela.

“Oleh itu kecaman terhadap PASTI hanya tindakan berdasarkan pola politik sempit yang mengundang mudarat dalam komuniti dan menjejas kemakmuran negara,” ujarnya.

Sebaliknya kata beliau kerajaan juga dilihat gagal menambah baik kebajikan guru takmir, iman dan bilal serta sekolah khusus di Sabah dan Sarawak masih ketinggalan kemudahan asas.

Post a Comment

0 Comments