KOTA BHARU: Dewan Ulamak PAS Kelantan sesi 2025-2027 diterajui saf ulama muda dengan diketuai Yang Dipertua PAS Pasir Puteh Dato’ Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail.
Timbalan ketua anggota Exco Kerajaan Negeri Ustaz Mohd Asri Mat Daud dan Naib Ketua, Ustaz Zuqarnain Hassan.
Muktamar kali ini berlaku pertandingan bagi jawatan utama selepas saf kepimpinan penggal lepas yang diketuai Dato’ Hassan Mohamood tidak mempertahankan jawatan.
Muktamar Dewan Ulamak PAS Kelantan diadakan di Markas Dewan Ulamak di Labok, Machang Sabtu lepas.
Senarai jawatankuasa baharu Dewan Ulamak PAS Kelantan diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat 2025-2027 Wan Rohimi Wan Daud.
Ahli jawatankuasa yang dipilih pada muktamar tersebut iaitu bekas Adun Gual Periok, Dato’ Mohamad Awang; Adun Chempaka, Nik Bahrum Nik Abdullah; Adun Dabong, Ustaz Ku Mohd Zaki Ku Hussin.
Selain itu Ustaz Ilias Ahmad, Dr Nurul Akma Mohamad, Ustaz Ahmad Shairazi Atiqullah, Ustazah Hafizah Abdullah, Ustaz Zamri Zahari, Ustaz Abdul Fatah Jaafar dan Ustaz Syed Ahmad Ridwan Sayed Md Zain.
Pengerusi tetap Ustaz Mohd Saiba Yaacob dan timbalan pengerusi tetap Ustaz Abdullah Majid.
Dewan Pemuda PAS Kelantan merakamkan ucapan tahniah kepada Ustaz Tuan Mohd Saripudin di atas pelantikan sebagai Ketua Dewan Ulamak PAS Kelantan yang baharu sesi 2025/2027.
“Semoga amanah kepimpinan yang dipikul ini terus diberkati Allah SWT, memperkukuh kepimpinan ulama dalam meneruskan kesinambungan perjuangan Islam.
“Di samping itu membimbing generasi muda serta memartabatkan dakwah, tarbiah dan siasah di Kelantan,” katanya pada kenyataan.
Menurutnya Dewan Pemuda PAS sentiasa berdiri teguh di belakang saf kepimpinan ulama dalam melaksanakan agenda perjuangan Islam.
Sementara itu Dewan Pemuda PAS Kelantan sesi 2025-2027 turut menampilkan pimpinan baharu diketuai Ustaz Mohd Firdaus Mohamed Nawi.
Timbalannya Ustaz Hanifulfuad Husin, naib ketua Marwan Husin, Wan Ahmad Sharifuddin Wan Shafee (setiausaha), Mohd Atif Banin Mat Hassan (bendahari) dan Muhd Adha Abdullah (ketua penerangan).
Manakala Dewan Muslimat PAS Kelantan mengekalkan kepimpinan lama diketuai Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff, timbalan ketua Dato’ Mumtaz Md Nawi dan naib ketua Rohani Ibrahim.
0 Comments