PM keliru ‘berita palsu’ kata Rosol


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Hulu Terengganu Dato’ Wahid Rosol menyifatkan pertama kali berlaku dalam sejarah Malaysia, seorang perdana menteri (PM) keliru dengan ‘berita palsu’.

Katanya, adakah Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim bersedia memohon maaf kepada Ahli Parlimen Pagoh Tan Sri Muhyiddin Yassin berkaitan kenyataannya di parlimen minggu lepas.

Kata beliau perdana menteri juga sepatutnya memohon maaf kepadanya kerana menganggap tidak membuat homework sebelum bercakap di Dewan Rakyat.

Minggu lalu Anwar mendakwa Ahli Parlimen Pagoh mempertahankan pemberian subsidi minyak kepada warga asing dengan alasan mereka turut menyumbang kepada negara.

Sedangkan Muhyiddin menjelaskan beliau tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai perkara itu.

Rosol juga bimbang maklumat yang disebut perdana menteri daripada sumber palsu memandangkan Ahli Parlimen Pagoh menafikan mengeluarkan kenyataan tersebut. 

Bagaimanapun pada sesi awal Dewan Rakyat pagi tadi perdana menteri memberitahu beliau bersedia untuk memohon maaf kepada Muhyiddin berhubung dakwaan isu tersebut.

Namun katanya beliau masih menunggu hasil siasatan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi menentukan sama ada sumber maklumat yang dirujuk itu palsu atau sebaliknya.

"Saya tiada masalah, kalau dipastikan tidak ada sumber yang sahih, itu satu kesilapan, saya tak ada masalah.

"Tolong siasat apakah sahih, kalau tak sahih maka kenyataan itu memang tak benar, tapi tunggu keputusan MCMC dulu,” katanya.

Ketua Pembangkang Dato’ Seri Hamzah Zainuddin pula berkata, setiap perkara yang dibangkitkan pembangkang di Dewan Rakyat merupakan persoalan yang perlu mendapat jawapan kerajaan.

Menurutnya apabila jawapan yang diberi kerajaan tidak jelas menyebabkan ia menimbulkan persepsi.

Post a Comment

0 Comments