IPOH: Biarpun perdana menteri sekarang dianggap petah bercakap dengan diksi dan induksi sehingga mampu menawan audien, namun penampilannya jauh berbeza dengan pemimpin sebelumnya.
Pakar psikososio Dr Zulkeflee Yaacob berkata, pemimpin negara sekarang berbicara menggunakan kaedah retorik sebagai seni bahasa berkesan dalam menyampaikan idea.
Katanya beliau memiliki kredibiliti manipulasi diksi retorik dan tidak kelihatan keterampilan di bidang pengurusan dan kecekapan tadbir urus negara.
“Meneliti rekod lampau perdana menteri paling kompeten ialah Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau merupakan tokoh idealisme dan manual negara.
“Tun giat rekonstruksi rekayasa negara sama ada secara rekod arkib dan maujud serta konkrit, bukan sekadar lorekan di atas canvas,” katanya di sini.
Kata beliau ‘Dasar Pandang Ke Timur’ berjaya merancakkan pembangunan negara sehingga muncul Putrajaya dan memperluaskan industri melalui Petronas, HICOM, KLCC, Proton, Perodua dan Modenas.
Selain itu mewujudkan rangkaian lebuhraya PLUS, KESAS, ELITE, KLIA, jambatan Pulau Pinang, KTM Komuter, LRT, ERL, KL Monorel, Cyberjaya, Sepang F1 dan Kompleks Sukan Bukit Jalil.
“Tun juga mempelopori media digital dan Multimedia seperti Super Coridor, Measat 1 dan 2. Merintis penswastaan TNB, Telekom, Pos dan lain-lain,” katanya.
Menurutnya jasa tersebut jauh lebih hebat di mata rakyat berbanding pemimpin yang sekadar berucap penuh dengan retorik.
Oleh itu beliau berkata, jasa bakti Dr Mahathir kepada negara sewajarnya dijulang semula negeri empat kerajaan (SG4) memandangkan kerajaan pusat dianggap memandangkan sepi.
Sebaliknya katanya kerajaan Madani lebih berminat menyalahkan pihak lain seumpama ‘paku dulang paku serpih, mengata orang kalian pula yang lebih’.
“Rakyat begitu curiga keihlasan kerajaan sekarang menjawab isu titah adendum sehingga Mahkamah Tinggi mengarahkan isu itu dibicarakan, selepas Najib Razak memfail semakan kehakiman.
“Paling mengejutkan pertuduhan 47 kes rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akal Budi diberi pelepasan tanpa dibebaskan pada September 2023,” ujarnya.
0 Comments