Dahulu ladang sawit, sekarang pusat tahfiz

  

DAHULU merupakan ladang kelapa sawit. Namun sekarang sebahagiannya sudah bertukar kepada Kompleks Pendidikan Islam dan Kebajikan Darul Zahraa.

Pusat pengajian agama itu diasas Ustaz Muhamad Abdullah (Ustaz Mad Kecil) terletak di Hulu Terengganu. Lokasinya di Kampung Kuala Dura.

Kawasan berbukit kini menempatkan beberapa blok bangunan. Tapak masjid terletak di puncak bukit paling tinggi di lokasi tersebut.

Di sebelahnya sedang dibina bangunan asrama pelajar. Lebih istimewa lagi di bawah bangunan asrama ditempatkan binatang ternakan termasuk unta, burung unta, pelanduk, ayam dan kuda.

Pusat pendidikan terbabit mula dibangunkan pada 2019 dan pada peringkat awal mempunyai 20 pelajar tahfiz dan 15 warga emas.


Pembinaan pada fasa pertama melibatkan kos sebanyak RM1.7 juta membabitkan pembinaan lima kelas pengajian, pejabat, bilik mesyuarat, dewan kuliah, surau dan asrama pelajar tahfiz.

Dana pembinaan bangunan dan pembelian tanah di kawasan berkenaan disumbang orang ramai dan pelbagai pihak. 

Manakala pada projek fasa kedua merangkumi pembinaan kompleks masjid dan 70 unit pondok penginapan warga emas.

Sebanyak RM300,000 diperlukan bagi pembinaan pondok warga emas, kompleks masjid dan kos operasi.

Lebih unik lagi pusat pengajian tersebut memiliki kebun anggur dan strawberi yang terletak di tingkat atas bangunan tiga tingkat.

Ikuti berita lanjut di laman aruslebir.com

Post a Comment

0 Comments