Jeram Mengaji, 31 Ogos – Sukan automotif drift yang semakin mendapat tempat dalam kalangan generasi baharu berlangsung meriah di perkarangan tapak letak kereta Jeram Mengaji Agro Resort, Selising, Pasir Puteh. Program yang dianjurkan oleh Evolution Wheel Motorsports Club dan Ganu Drift ini mendapat sambutan hangat daripada 'drifter' tempatan.
Biarpun berlangsung dalam keadaan hujan lebat, program ini berlangsung dengan jayanya melibatkan penyertaan pelbagai jenis kenderaan.
Program yang menghimpunkan bakat-bakat muda ini bukan sahaja menguji kemahiran dan keberanian pemandu, malah menjadi wadah positif untuk anak muda menyalurkan minat mereka ke arah yang lebih sihat.
Menurut YB Dato' Ust Hj Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail, Ahli Dewan Negeri Selising penganjuran aktiviti sebegini membuka ruang kepada belia untuk menyerlahkan potensi dalam bidang automotif yang semakin berkembang.
“Saya yakin, dengan sokongan berterusan, bakat-bakat muda dalam arena automotif mampu mengangkat nama negeri dan negara ke persada yang lebih tinggi,” katanya.
0 Comments