SALMAH MAT HUSAIN
KOTA BHARU: Kerja-kerja membaik pulih papan markah elektronik di Stadium Sultan Muhammad IV yang dijadual bermula November depan.
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat negeri Zamakhshari Muhamad berkata, papan elektronik tersebut mengalami kerosakan sebelum ini.
Katanya, berdasar maklumat pembekal, peralatan tersebut akan tiba di Pelabuhan Klang pada Oktober ini.
“Kerja-kerja membaiki semula papan elektronik tersebut akan bermula November. Kita doakan supaya semuanya berjalan dengan lancar,” katanya di sini baru-baru ini.
Keroskan papan mata elektronik stadium disedari penyokong Kelantan semasa pasukan itu mengadakan perlawanan pra-musim 2024/25 di Stadium Sultan Muhammad IV.
Zamakhshari sebelum ini memberitahu perbincangan dengan Perbadanan Stadium Kelantan diadakan untuk mengatasi masalah tersebut.
Stadium Sultan Muhammad IV sebelum ini dinaik taraf melibatkan penukaran lampu limpah, bilik persalinan, tandas, dan pemasangan blok laluan membabitkan kos RM5.5 juta dan siap pada 2022.
Selain itu pemasangan longkang, paip, pendawaian, dan pemulihan rumput stadium.
0 Comments