Jam 7 pagi Kak Lah sudah masuk pejabat

Oleh Intan Lestari

SIAPA yang tidak mengenali Ahli Parlimen, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff, seorang  pimpinan wanita yang disenangi rakyat dan mudah didekati. 

Meskipun bergelar Yang Berhormat, namun beliau tidak mengamalkan protokol yang menyukarkan rakyat untuk mendekatinya. Sifat rendah diri dan mesra rakyat menjadikan beliau dikasihi ramai.

Sedangkan tugas seorang Ahli Parlimen bukan sesuatu yang mudah kerana  rakyat sentiasa menjadi keutamaan, sehingga ada ketikanya Siti Zailah terpaksa mengetepikan urusan peribadi dan keluarga. 

Selepas menunaikan solat Subuh,  Kak Lah seringkali ke  pejabat Pusat Khidmat Masyarakat seawal jam 7 pagi, walaupun hari cuti. Kemudian beliau menziarahi rakyat. 


Baru-baru ini Kak Lah menziarahi keluarga yang kehilangan bapa di Kampung Cecah Tinggi, Seusai ziarah, beliau merasmikan program rehlah khas  remaja perempuan. Program tersebut  menghimpunkan hampir 100  peserta.

Pada program itu beliau mengingatkan remaja agar sentiasa menjaga diri dan akhlak, mentaati perintah Allah, menghormati ibu bapa serta jiran tetangga dan masyarakat sekeliling. 

Ketua Dewan Muslimat PAS Kelantan itu turut menekankan penting menghargai diri sendiri sebagai satu amanah yang dikurniakan oleh Allah.


"Setiap detik kehidupan perlu dimanfaatkan untuk menjadi hamba yang soleh kerana kehidupan bukan sekadar di dunia, tetapi berterusan hingga ke akhirat," ujarnya. 

Post a Comment

0 Comments