Rakyat Kelantan bijak menilai, pertahankan perjuangan Islam di Kelantan - YB Dato' Ahmad



Oleh: Syamimi Manah

KOTA BHARU, 24 Oktober – Kemeriahan Sambutan 70 tahun PAS Kelantan dan 35 tahun Membangun Bersama Islam yang berlangsung pada 21 hingga 25 Oktober di Dataran Warisan, Stadium Sultan Muhammad IV itu telah membuktikan sokongan rakyat kelantan kepada kerajaan hari ini.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Kelantan YB Dato’ Bentara Kanan Dato’ Ustaz Ahmad Yaakob.
Pesuruhjaya PAS Negeri Kelantan YB Dato’ Bentara Kanan Dato’ Ustaz Ahmad Yaakob.

Beliau menjelaskan bahawa rakyat Kelantan bijak menilai dan terus teguh menyokong perjuangan Islam, meskipun pelbagai fitnah dan persepsi telah dilontarkan kepada pimpinan negeri Kelantan.

"Rakyat Kelantan bijak menilai, dan inilah kekuatan sebenar perjuangan Islam di negeri ini.

"Rakyat Kelantan menilai bukan berdasarkan emosi, tetapi melalui akal dan ilmu, menjadikan negeri ini terus menjadi saksi perjuangan Islam yang subur dan berterusan" katanya.

Beliau menegaskan bahawa keteguhan perjuangan Islam di Kelantan berakar daripada iman dan amal, bukan semata-mata keinginan politik.

“Sejak tahun 1959, Kelantan mengangkat Islam sebagai dasar pentadbiran, membuktikan bahawa kemajuan sesebuah negeri perlu selari dengan ajaran agama Islam" ujarnya.

Post a Comment

0 Comments