Oleh: Syamimi Manah
KUBANG KERIAN, 25 November – Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta YB Mohd Asri Mat Daud Mangsa menasihati semua mangsa banjir khasnya di DUN Demit supaya sentiasa menjaga ibadat dan aurat sepanjang tempoh mereka menghuni di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
Beliau yang juga Ahli Dewan Negeri (ADN) Demit menyampaikan nasihat dan pesanan ketika menziarahi mangsa banjir di tiga PPS iaitu Sekolah Kebangsaan Mentera (123 mangsa), Dewan Masjid at-Taqwa Pulau (87 mangsa) dan Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 2 (198 mangsa), petang semalam.
Pada kesempatan itu, YB Mohd Asri juga bertanya khabar mangsa serta memastikan keperluan asas mereka terjamin sepanjang berada di pusat pemindahan.
"Harapan saya agar semua mangsa dapat menjaga ibadat dengan sempurna, menutup aurat dan sentiasa berdoa agar Allah kurniakan rahmat-Nya. Saling bantu-membantu antara satu sama lain, insya-Allah diberkati dan dikurnia gantian yang lebih baik,” katanya menerusi laman rasmi, pada Isnin.




0 Comments