PN bawa politik matang ke Sabah

Oleh Salmah Mat Husain

KOTA KINABALU: Perikatan Nasional (PN) akan mengekalkan pendekatan kempen berhemah dengan corak “friend to all, enemy to none” dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akhir bulan ini.

Pengarah Pilihan Raya PAS PRN Sabah, Tan Sri Annuar Musa berkata, pendekatan itu menjadi teras kepada perjuangan gabungan tersebut yang mahu membawa politik matang, bersih dan berintegriti untuk rakyat negeri.

“Alhamdulillah, selesai perbincangan santai. Kami setuju kekalkan corak kempen ‘friend to all, enemy to none’.

“Tumpuan diberi kepada agenda untuk rakyat, hijrah dari kebobrokan lampau. Kita bawa nafas baru, bersih, berintegriti, berkeupayaan, kasi jadi,” katanya pada kenyataan di media sosialnya.

Menurut beliau, PN akan terus memperkukuh muafakat antara parti dalam gabungan itu dengan fokus membina Sabah yang lebih baik dan sejahtera.

Katanya, semangat baharu itu diharap dapat menjadi pemangkin kepada perubahan politik yang lebih positif demi kepentingan rakyat.


Post a Comment

0 Comments