Rakyat Sabah perlu berani buat perubahan

 

Oleh Salmah Mat Husain

KOTA KINABALU: Rakyat Sabah diingatkan memilih calon yang bersih, berintegriti dan mampu memperjuangkan isu-isu kebajikan masyarakat berbilang kaum di negeri itu.

Ahli Parlimen Rantau Panjang, Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff berkata, kesilapan memilih pemimpin sukar untuk dibaiki kerana ia mengambil masa hampir lima tahun untuk diperbetulkan semula.

Katanya keberanian untuk berubah perlu bermula pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 29 November ini.

“Pengundi perlu berani membuat perubahan demi kepentingan rakyat Sabah dan tidak mengulangi kesilapan dahulu di mana kawasan luar bandar masih ketinggalan kemudahan asas.

“Begitu juga pengundi di Dun Patagas diharap tidak tersalah membuat pilihan," katanya ketika menyampaikan ceramah di Patagas baru-baru ini.

Pada PRN kali Dun Patagas ditampil calon muda profesional yang mewakili Perikatan Nasional (PN) iaitu Dr Afifi Saif.

PN mengemukakan 42 calon, di mana lima daripada mewakili PAS dan selebihnya mewakili Bersatu dan Gerakan. Mereka bertanding menggunakan logo Perikatan Nasional.

Setiap calon membawa rekod integriti, komitmen dan kesungguhan untuk merealisasikan aspirasi #KasiBagusSabah demi masa depan negeri yang lebih sejahtera.

Siti Zailah yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS Kelantan berkata, sokongan penduduk terutamanya anak muda terhadap calon PN Dr Afifi semakin ketara sekarang.

"Kita berharap pengundi khususnya anak-anak muda memberi peluang dan kepercayaan kepada Dr Afifi sebagai calon terbaik untuk membawa perubahan di Patagas," ujarnya.

Kata beliau juga Dr Afifi sudah lama terbabit dalam aktiviti bersama masyarakat di Patagas sesuai dengan kewibawaannya sebagai anak muda profesional.

Malah majoriti penduduk Patagas terdiri daripada keluarga besar Dr Afifi.

“Jangan pula salah pilih. Pilihlah calon yang baik akhlak dan mampu membawa kebaikan untuk rakyat. Rugi besar kalau pengundi tidak pilih beliau,” katanya.


 

 

Post a Comment

0 Comments