Oleh M Faqih
PENDUKUNG kes arwah
adik Zara Qairina mengharapkan pengundi Sabah tidak melupakan isu yang pernah
menggemparkan negara sebelum ini.
“Tolak pemimpin korup yang hanya mempergunakan rakyat. Tolak mereka yang pandai berjanji tetapi tak tepati. Tiada orang yang akan ubah nasib kita kalau kita sendiri tak berubah ke arah yang lebih baik.
“Semoga Sabah ke arah yang lebih baik selepas pilihan raya negeri kali ini..,” demikian catatan yang muncul di media sosial, menghangatkan kempen PRN Sabah.
Berdasar kempen bermula Sabtu lepas, persaingan antara parti-parti yang bertanding begitu sengit. Sukar untuk meramalkan parti mana yang lebih dekat di jiwa 1.78 juta pengundi Sabah.
Namun, apa yang pasti rakyat Sabah sudah berani melawan arus. Tiada lagi sifir politik ‘yes man’. Mereka ada maruah.
Kes arwah adik Zara menjadi bukti. Pada Ogos lepas ribuan penduduk menghadiri himpunan solidariti buat adik Zara Qairina. Himpunan serupa dilapor turut diadakan di Lahad Datu dan Tawau.
Sedangkan sebelum ini, adegan seumpama itu sukar dilihat. Mereka bersolidariti terhadap adik Zara. Penduduk Sabah mempamerkan keberanian agak luar biasa.
Pada 2 September kumpulan mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengecam siasatan terhadap rakan-rakan mereka di bawah Akta Hasutan 1948 selepas menghadiri majlis nyalaan lilin adik Zara.
Apakah isu adik Zara dan suara mahasiswa UMS mahu merubah landskap politik Sabah? Berdasar acuan lepas tiada parti yang mampu mentadbir Sabah dalam tempoh lama.
Bermula Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), kemudian Parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah (Berjaya), Parti Bersatu Sabah (PBS), Barisan Nasional (BN), Warisan-Pakatan Harapan dan sekarang Gabungan Rakyat Sabah (GRS). Mungkin muncul gabungan lain selepas 29 November ini.
Analisis lanjut di aruslebir.com



0 Comments