Oleh: Syamimi Manah
Kredit foto: Page FB YIK
Kredit foto: Page FB YIK
KOTA DARULNAIM, 24 Disember – Ahmad Fikri Abdul Hisham pelajar Maahad Tarbiah Mardhiah Panchor (MTM), Kota Bharu mencatat kejayaan luar biasa apabila berjaya menamatkan Syahadah Hafazan al-Quran kategori 30 juzuk dalam tempoh satu hari.
Menurut kenyataan di laman rasmi Yayasan Islam Kelantan (YIK), beliau memperoleh pangkat Mumtaz tanpa sebarang kesalahan, sekali gus menonjolkan pencapaian cemerlangnya.
YIK merakamkan setinggi-tinggi tahniah atas kejayaan tersebut.
Kenyataan di laman rasmi YIK menyifatkan kejayaan Ahmad Fikri atas faktor disiplin, kesungguhan dan istiqamah yang diamalkan sejak beliau berusia 13 tahun.
Pencapaian itu membuktikan keupayaan pelajar tahfiz YIK melahirkan huffaz berkualiti dan berdaya saing.
YIK berharap kejayaan tersebut menjadi inspirasi kepada seluruh pelajar, guru, dan warga pendidikan Islam untuk terus menjunjung al-Quran sebagai teras kecemerlangan ummah.

0 Comments