Jambatan dibina segera selepas aduan diterima

 

KOTA BHARU: Tidak lama selepas aduan dibuat berkaitan sebuah jambatan yang tidak lagi selamat digunakan, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melaksanakan tindakan awal.

Exco Kerjaraya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar Datuk Dr Izani Husin berkata, JPS menyegerakan proses tender, sebelum kontraktor memulakan kerja pada Oktober 2025.

Katanya, tindakan pantas susulan laporan diterima daripada Adun Tanjung Mas Datuk Rohani Ibrahim berhubung keadaan sebuah jambatan yang menjadi penghubung utama Dun Kijang-Dun Tanjung Mas.

“Saya bersama pegawai JPS, JKR dan Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu turun ke tapak bagi menilai keadaan sebenar.

“Hasil lawatan tersebut, keputusan segera dibuat untuk melaksanakan kerja baik pulih sepenuhnya. Jambatan tersebut dapat disiapkan dan sekarang sudah digunakan penduduk,” katanya pada catatan di laman sosialnya.

Menurutnya hasil kerjasama kontraktor dan pemantau JPS membolehkan projek terbabit disiapkan mengikut tempoh yang ditetapkan, melibatkan kos RM400,000.

Oleh itu beliau merakamkan penghargaan kepada semua agensi kerajaan dan kontraktor atas komitmen serta kerjasama memastikan keselamatan rakyat terus terjamin.


 

Post a Comment

0 Comments