Oleh: Asri Hamat
Kredit foto: Unit Media Exco
KOTA DARULNAIM, 14 Januari - Kerajaan Negeri Kelantan bersama CelcomDigi mengadakan pertemuan ke arah kerjasama strategik dalam agenda digital yang berpotensi memberi manfaat kepada rakyat serta pembangunan negeri.
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi YB Dato’ Wan Roslan Wan Hamat berkata, pertemuan itu dijangka membuka ruang perbincangan lebih luas khususnya dalam memperkukuh ekosistem digital negeri Kelantan.
Menurutnya, hubungan baik yang terjalin antara kedua-dua pihak diharap dapat diterjemahkan melalui pelaksanaan inisiatif berimpak tinggi yang memberi nilai tambah kepada masyarakat.
“Insya Allah, kerjasama ini mampu menyumbang kepada pembangunan digital negeri dan seterusnya meningkatkan kesejahteraan rakyat serta memperkukuhkan ekosistem digital Negeri Kelantan,” katanya menerusi media sosial, pada Selasa.
Terdahulu, beliau menerima kunjungan hormat daripada pihak CelcomDigi di pejabat beliau di Mabna Kompleks Kota Darulnaim, di sini.
Kunjungan hormat itu diketuai oleh CelcomDigi Head of Business Technology Johan Affendi, yang mewakili syarikat telekomunikasi dan digital terkemuka di Malaysia itu.
Turut hadir, Timbalan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi YB Kamaruzaman Mohamad.



0 Comments