Hakikat itu dapat dibuktikan pemilik pasar raya membuka cawangan di seluruh Kelantan, yang menggambarkan kepesatan pembangunan ekonomi rakyat.
Malah, AEON Mall Kota Bharu pernah mencatatkan rekod jumlah pembelian antara tertinggi di Malaysia daripada 195 cawangan pusat beli-belah itu di seluruh negara.
Terbaru di Pasir Mas, Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) akan membuka cawangan ke-72 pada Khamis ini. Mydin Mart Pasir Mas akan beroperasi di sebelah kedai buku SMO di Lot 660 Seksyen 1, Bandar Pasir Mas, berhampiran stesen kereta api.
Perasmian pasar raya terbabit akan disempurnakan Ahli Parlimen Pasir Mas Ustaz Ahmad Fadhli Shaari pada pagi Khamis ini.
Mydin Mohamed Holdings Berhad pada kenyataan kepada media memberitahu pihaknya memperluaskan lagi rangkaian pasar raya mesra komuniti di Pantai Timur.
Oleh itu orang ramai di jajahan itu berpeluang membeli barangan keperluan dengan harga borong dan berpatutan.
“Ruang yang disediakan lebih selesa dan mudah kepada penduduk, di samping membuka peluang pekerjaan serta merancakkan pertumbuhan ekonomi melalui penglibatan usahawan dan pembekal tempatan,” ujarnya.
Di Pasir Mas sebelum ini terdapat pasar raya Pantai Timur di Jalan Pasir Mas-Kota Bharu. Selain itu pasar raya di Bandar Baru Apam Putra Jalan Pasir Mas-Rantau Panjang.
Di setiap bandar
utama di Kelantan terdapat paling kurang sebuah pasar raya besar.



0 Comments