180 pelajar parlimen Machang terima sumbangan Kembali ke Sekolah


Oleh: Syamimi Manah

KOTA DARULNAIM, 6 Januari – Sebanyak180 pelajar daripada golongan asnaf di Parlimen Machang menerima sumbangan menerusi Program Kembali ke Sekolah yang disampaikan oleh Ahli Parlimen Machang YB Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, pada Sabtu lalu.

Menurut YB Wan Ahmad Fayhsal, program tersebut merupakan usaha berterusan bagi memastikan kebajikan anak-anak asnaf terus terbela, khususnya dalam aspek keperluan persekolahan.

“Alhamdulillah, saya berkesempatan menyampaikan bantuan Back To School kepada golongan asnaf di Parlimen Machang.



"180 penerima telah menerima sumbangan pada tahun ini bagi meringankan beban keluarga menjelang sesi persekolahan,” katanya menerusi kenyataan di laman rasmi, semalam.

Beliau turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Timbalan Menteri Besar Kelantan YB Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan, Ahli Dewan Negeri (ADN) Kemuning YB Ahmad Zakhran Mat Noor dan ADN Pulai Chondog YB Azhar Salleh (ADN Pulai Chondong), serta pihak Majlis Tindakan DUN bagi ketiga-tiga DUN yang terlibat atas kerjasama erat menjayakan program tersebut.

“Tidak dilupakan juga kepada semua penghulu Parlimen Machang yang sentiasa membantu melancarkan urusan di peringkat akar umbi,” ujarnya.

Dalam masa sama, beliau menzahirkan penghargaan kepada Yayasan Kelantan Darul Naim (YAKIN) atas sumbangan dan keprihatinan yang diberikan demi kebajikan anak-anak Machang.

Post a Comment

0 Comments